8:27pm

Wednesday 11 April 2012



» FAKTA-FAKTA MENARIK  « 


 
MATEORIT
Mateorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan.
 
MOTOR ELEKTRIK
Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih
kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan
dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan
motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.
 
UKURAN RED KANGAROO
Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia
membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat
sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak
dengan kelajuan 48 km sejam.
 
LOGAM OSMIUM
Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu
enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal
saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.
 
KERETA API PENUMPANG
Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733
meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991.
Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik
dan seberat 2,786 tan.
 
KELAJUAN MAKSIMUM
Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai
oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah
dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev
Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia. 

BOM ATOM
Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan
kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga
pekerja yang ramai.
 

MAJLIS PERTUNANGAN
Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah
dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Autria)
ke jari tunangnya Princess Mary (Burgundy). Ketika itu cincin
disarungkan ke jari hantu.
 

MAHARAJA MOROCCO
Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai
525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan
oleh 1,703 orang isterinya.
 

BERAS
90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua
Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu
177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta
tan metrik.
 

TAHUN BARU CINA
Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin
untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka
membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja.
 

PULAU BATU HAIRAN
Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat,
Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulau
ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter
tinggi, ditemui pada 14 April 1988.
 

PAPUA NEW GUINEA
Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk.
 

MICROPATENT
Penerbit komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat, memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta utiliti
di seluruh Amerika Syarikat
 



TELEKOM MALAYSIA
Telekom Malaysia merupakan pengendali utama telekomunikasi di negara ini, mempunyai sebanyak 29,700 kakitangan di seluruh negara. Ia
membekalkan kemudahan telefon kepada 2.7 juta penduduk Malaysia; nisbah 15 buah telefon bagi setiap 100 penduduk.
 

LADANG KUPU-KUPU
Ladang kupu-kupu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1986,
mengandungi 4,000 ekor kupu-kupu Malaysia terdiri daripada lebih
120 spesies.
 

KESESAKAN LALU LINTAS
Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat.
 

HUTAN HUJAN TROPIKA
Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan
dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia. Terdapat
sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut.
 

GUA GOMANTUNG
Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup.
 

PELABUHAN
Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu
mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu
memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh
pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang.
 

SUNGAI RAJANG
Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth.
 

MENARA KUALA LUMPUR
Menara Kuala Lumpur merupakan yang tertinggi di Asia
dan ketiga di dunia berharga RM250 juta. Ia berukuran
421 meter tinggi, seberat 100,000 tan, menggunakan
45,000 meter padu konkrit, 5,300 tan keluli tetuli tetulang
dan 1,300 tan keluli struktur.
 

KUIL BATU CAVES
Kuil Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga
iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu
akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata
tangga itu diluruskan menjadi satu garisan.
 

LAPANGAN TERBANG
Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang yang dijangka beroperasi pada tahun 1998 berupaya mengendali 45 juta penumpang dan juga mampu mengendali sejuta tan kargo setahun.
 

MENARA PETRONAS
Menara kembar Petronas KLCC (Kuala Lumpur City Centre) yang
setinggi 88 tingkat akan menjadi bangunan tertinggi di dunia, berukuran 450 meter tinggi. Ketinggian ini tiga kali ganda Kompleks Dayabumi.
 

JAMBATAN
Jambatan Pulau Pinang (13.8km) merupakan yang terpanjang
di Asia dan menduduki tempat ketujuh di dunia, dibuka pada
bulan Ogos 1985.
 

KOMPLEKS RENANG
Kompleks renang Dewan Bandaraya Ipoh, Perak
merupakan yang terbesar dan paling moden di
Asia Tenggara. Kompleks itu juga adalah kolam
renang bergelombang pertama di Malaysia.
 

MINYAK
Malaysia adalah pengeksport minyak utama di Asia Tenggara dan
merupakan negara ke-21 yang mempunyai simpanan minyak terbanyak
di dunia, mengeluarkan 610,000 tong minyak sehari.
 

PROTON
Dalam tempoh sepuluh tahun, Proton menguasai 74 peratus
pasaran domestik iaitu kira-kira 500,000 unit di jalan raya
Malaysia dan 85,000 unit lagi dieksport ke 18 buah negara temasuk
United Kingdom, New Zealand dan Australia.
 

MINYAK SAWIT
Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit nombor
satu dunia, mengeluarkan sebanyak 51 peratus daripada
jumlah pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7.2 juta tan
pada tahun 1994
 

POKOK GETAH
Pokok getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dahulu
masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama
menanam pokok getah di negara ini.
 

BANK
Malaysia memiliki 37 buah bank komersil dengan rangkaian
1,246 cawangan di seluruh negara dan Maybank sebagai bank
kemersil terbesar; mempunyai 399 cawangan.






No comments:

Post a Comment