8:27pm

Tuesday 15 May 2012



Kempen sokong protes mogok lapar banduan palestine.




Tahu kah anda apa itu protes mogok lapar oleh banduan2 palestine? Protes mogok lapar ini ialah kempen di mana banduan2 palestine yang dipenjarakan oleh israel melakukan protes lapar supaya beberapa tuntutan mereka dipenuhi.

Antara tuntutan-tuntutan mereka ialah ;

1. Memenuhi hak mereka sebagai tawanan perang.

2. Diberikan hak untuk dilawati.

3. Hak berpendidikan.

Sebenarnya, apa yang mereka tuntut itu selari dengan undang2 antarabangsa. Bukanlah sesuatu yang melanggari apa2 akta ataupun piawaian pun. Ia sebenarnya tertakluk sebagai undang2 standard bagi mana2 negara pun yakni banduan2 neh ada juga hak2 mereka walaupun mereka neh banduan yang ditahan ketika negara sedang bergolak.

Tetapi sayangnya, israel tidak mengikuti undang2 tersebut. Dorang ikut kepala dorang sendiri. Dorang tetapkan undang2 sendiri. Dorang menutup semua akses orang awam untuk memantau dan meninjau keadaan banduan2 palestine yang ditahan. Ini adalah satu bentuk kezaliman. 

Boleh jadi mereka nak tutup perbuatan mereka yang menindas warga palestine sebab tue mereka tak benarkan sesiapa pun mendekati banduan2 tersebut dalam apa jua cara dan kaedah. Kalau bukan disebabkan mendapat info dari orang dalam sendiri [warga israel yang belot] aku ingat sampai bila2 pun kita takan tahu keadaan tahanan perang di dalam penjara israel.

Mereka2 yang sedang mogok lapar ialah ;

Bilal Thiab, Thaer Halahleh, Hassan Safadi, Omar Abu Shallal, Mohammedd Al-Taj, Mahmoud Sarsak,Faris Al-Natur, Jafar Ezz Al-Din,i Abdallah Al-Barghouthi dan lebih daripada 2000 Banduan..

Jumlah hari mereka telah berlapar adalah berbeza bagi setiap mereka. Tak dapat dipastikan sehingga kini. Itupun tak pasti samada mereka seme neh masih hidup ataupun tidak. 

Menurut kenyataan Syeikh Yusoff Alqardhawi pula ;


Mogok lapar mungkin satu - satunya pilihan yang ada pada mereka di sana.

Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel . Syeikh Yusuf Al- Qaradhawi menjawab :

Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka !

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka !

Warna coklat neh sebenarnya ialah warna rasmi bagi banduan yang dicop sebagai pejuang berani mati dalam penjara israel. Sebab tue lah pic profile neh berwarna coklat. Dan logo kat pakaian tue bermaksud perkhidmatan penjara israel. 

Jika anda bersama2 mereka anda juga boleh lakukan kempen tersebut melalui facebook dan media sosial yang lain samada menyebarkan kempen dan info neh agar lebih ramai orang alert, tukar pic profile dan berdoa. 

Buat semua pun boleh, ikut yang mana mampu. Kat bawah neh antara pic profile yang korang boleh pilih kalau nak menyatakan sokongan kepada protes mogok lapar neh.





Orang islam dan bukan islam digalakkan menyokong kempen neh tanpa mengambilkira perbezaan agama ataupun bangsa di antara kita. Sekian.

Sozcyili : Pemimpin israel memang ZIONIST!

Friday 4 May 2012



Fenomena Alam Yang Jarang Ditemui


by summertime on MAY 5, 2012
1. Pelangi bulan (Moonbow)
Hanya berlaku pada waktu malam disebabkan oleh cahaya bulan. Salah satu tempat popular untuk melihatnya adalah di Cumberland Waterfall, Kentucky USA.

 2. Fata Morgana (Mirage)

Terjadi apabila cahaya yang terbias membentuk seperti sebuah objek tertentu atau kelihatan seperti langit. Biasanya berlaku di permukaan yang panas seperti jalan aspal atau gurun pasir.  (Gambar: Fata morgana yang menyerupai sebuah bot)
3. Belt of Venus
Kelihatan semasa matahari terbenam dan terbit (selepas terbenam dan sebelum terbit). Cahaya berwarna coklat kemerahan / light roses kelihatan di awan. Ia sebenarnya memisahkan horizontal gelap dan cerah. (Gambar: Bulan di belt of venus)

4. Noctilucent Cloud (Awan Noctilucent)
Awan ini berada di tempat yang lebih tinggi. Kelihatan pada waktu senja selepas matahari terbenam. Membiaskan cahaya dari matahari yang tidak kelihatan.

5. Aurora Borealis (Northen Light)
Terjadi disebabkan perlanggaran partikel cas bertenaga tinggi dengan atom di altitud tinggi atmosfera (Thermosfera). Biasanya boleh dilihat di kawasan kutub sahaja.

6. Awan Mammatus
Bentuk awan yang pelik ini sering dikaitkan dengan cuaca yang buruk. Tiada penjelasan yang konkrit mengapa awan ini terbentuk.
7. Pusaran api (Vortex of fire)
Berlaku apabila tornado melalui kawasan kebakaran (biasanya kebakaran hutan).

Friday 13 April 2012



POSTED BY sleepmood - - 0 COMMENTS
Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.

Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”

Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,

”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.

Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.


POSTED BY A U T A M A N - - 0 COMMENTS
WALAUPUN sudah 100 tahun berlaku, tragedi kapal mewah RMS Titanic yang tenggelam di Lautan Pasifik masih lagi menjadi tanda tanya para pengkaji.
Bagaimana sebuah kapal yang dilengkapi teknologi paling canggih ketika itu dan didakwa tidak mungkin tenggelam akhirnya 'tersungkur' ke dasar laut disebabkan berlanggar dengan bongkah ais, pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912).
Sehingga kini aura misteri itu masih kekal bersama 'bangkai' kapal itu di dasar Lautan Pasifik, namun saluran History (Saluran Astro 555) buat pertama kalinya akan mendedahkan penemuan-penemuan terbaharu mengenai tragedi Titanic kepada umum.
Bersempena ulang tahun ke-100 tragedi Titanic, saluran History akan mempersembahkan sebuah dokumentari berjudul Titanic Mystery Solved pada 15 April ini.
Dokumentari itu akan merakamkan detik-detik misi paling mutakhir, mendedahkan cebisan-cebisan bangkai kapal Titanic yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Usaha yang turut melibatkan pakar-pakar kajian laut termasuk pihak dari RMS Titanic Inc. itu akan mendedahkan penemuan baharu dan peta pertama komprehensif bagi tempat persemandian Titanic. Ia meliputi sebuah kawasan lantai laut seluas 13 kilometer persegi dan kewujudannya dapat membantu merungkai teka-teki sekurun usia tentang kesilapan apakah yang telah berlaku dan menentukan siapa atau apa yang bertanggungjawab ke atas tragedi tersebut.
Salah seorang yang turut terlibat dalam ekspedisi penemuan baharu kapal Titanic itu adalah Penerbit Eksekutif dokumentari Titanic Mystery Solved saluran History, Carl Lindahl.
Menurutnya, terdapat banyak misteri yang berputar tentang kapal Titanic iaitu bagaimana kapal yang sepatutnya tidak boleh tenggelam boleh tenggelam dalam pelayaran pertama secara ironiknya.
"Apa yang menyebabkan kapal Titanic tenggelam? Bagaimana kapal yang begitu bagus boleh tenggelam dan bagaimana begitu ramai orang mati. Soalan-soalan ini tidak pernah terdedah dan dijawab sepenuhnya. Disebabkan itu, mengapa kami dan para pengkaji lain masih melakukan pencarian dan setelah 100 tahun kejadian itu berlalu kami sudah menemui jawapannya," ujarnya.
Ia turut dipersetujui oleh pengarah, penerbit dan penulis dokumentari yang sama iaitu Rushmore Denooyer.
Menurutnya: "Kapal yang mempunyai teknologi terbaik sepatutnya tidak dapat tenggelam tetapi ia tenggelam pada perjalanan pertama dan dua pertiga orang di dalam kapal itu mati".
Merungkai bagaimana penemuan kali ini akan mengubah sejarah Titanic, Ungkap Carl, ia adalah jawapan kepada beberapa misteri yang masih belum dapat diselesaikan sejak kapal itu tenggelam.
Menyambung bicara Carl, ujar Rushmore pula, Titanic merupakan kapal pertama yang tenggelam dikaji dengan teliti dan didokumentasikan.
"Ekspedisi ini akan menceritakan semuanya. Tiada ekspedisi dan pemetaan dilakukan secara menyeluruh dan teliti seperti mana kali ini.
"Ia merupakan satu anjakan paradigma untuk semua pihak yang mengkaji kapal karam. Saya fikir dengan penemuan baharu yang akan disiarkan di saluran History nanti akan mengubah sejarah Titanic," ujarnya.
Mengenai sama ada pihak saluran History turun ke dasar laut untuk melihat sendiri bangkai kapal Titanic, kata Rushmore, tiada seorang manusia pun yang turun ke dasar laut melihat kapal tersebut.
"Semua kerja siasatan dilakukan dengan menggunakan beberapa robot untuk mengambil beribu-ribu gambar serta membuat rakaman video tentang keadaan bangkai kapal yang tenggelam sedalam empat kilometer di dasar laut itu.


TITANIC mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air. Sekiranya lebih daripada itu, ia akan tenggelam.





"Gambar yang diambil menggunakan kamera berteknologi tinggi itu dengan jelas menunjukkan keadaan landasan dan sauh kapal tersebut. Robot tersebut membawa turun lima hingga tujuh buah kamera dan ia dikawal oleh operator di atas kapal," ulasnya.
Berkongsi pengalaman ekspedisinya, kata Rushmore, mereka ada menemui beberapa objek yang agak kecil seperti saiz pintu.
"Ada juga objek seperti pinggan, pakaian, kasut serta botol wain yang masih kelihatan," ulasnya lagi.
Menurut Rushmore, gambar yang diambil memberi pemahaman yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku ke atas kapal itu pada 15 April 1912.
Gambar-gambar itu juga adalah hasil pelaburan bernilai puluhan juta ringgit serta ekspedisi selama dua bulan yang menggunakan beberapa pendekatan berbeza untuk mendapatkan imej yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
"Imbasan tepi dan multi sinaran sonar digunakan untuk menyimpan setiap butiran kapal itu dan menilai perubahan yang berlaku sejak ekspedisi sebelum ini," katanya.
Jelas Rushmore lagi, ekspedisi tersebut diketuai oleh RMS Titanic Inc. yang telah pergi ke lokasi Titanic tenggelam pada masa lalu dan mengumpul lebih 5,000 artifak.
"Di samping itu, pakar pengimejan dalaman air yang terbaik pula menyediakan kami alat sonar ekspedisi untuk bekerja dan mewujudkan peta ini ke atas keseluruhan tapak tragedi. Terdapat banyak kontraktor lain serta saintis. Ia merupakan satu kumpulan yang sangat majmuk," jelasnya.
"Terdapat banyak kumpulan dan individu yang berbeza bekerja dalam ekspedisi ini. Sebagai contoh, mereka yang menghasilkan sonar pengimbasan tapak yang telah digunakan dalam ekspedisi ini," balas Carl pula.
Carl dan Rushmore turut menjawab persoalan mengenai kejadian Titanic karam yang dikaitkan dengan mitos kononnya berlaku sumpahan ke atas kapal tersebut.
Tambah Carl, tragedi Titanic tenggelam sangat ironik dan dramatik. Manusia membuat ramalan bahawa kapal tersebut tidak akan tenggelam. Namun perkara yang sebaliknya berlaku apabila ia tenggelam dalam pelayaran sulungnya. Ia seolah-olah satu sumpahan.
"Saya belum dengar apa-apa legenda atau sumpahan mengenai Titanic jadi saya tidak boleh mengulas tentang itu," ujarnya.
Ia turut dipersetujui Rushmore yang memberitahu, manusia kadang-kadang alpa dengan teknologi yang canggih tanpa menyedari ada kuasa lain yang mampu memusnahkan teknologi tersebut.
"Kita kadang-kadang menjadi terlalu kagum dengan teknologi ciptaan sendiri dan kita sering melupakan kuasa alam semula jadi. Dengan kemajuan teknologi kita tidak dapat mengawal alam semula jadi. Walau bagaimanapun, alam semula jadi masih lebih kuat daripada teknologi yang kita ada," ujar Rushmoore.
Sementara itu, Pengurus Besar, AETN All Asia Networks, Louis Boswell pula berkata, selain daripada membuat pemetaan ke atas keseluruhan tapak tragedi, siaran istimewa itu juga akan mendedahkan buat julung-julung kalinya gambaran sebenar bagaimana kapal itu boleh terbahagi lalu karam melalui penggunaan hangar virtual.
"Teknik siasatan nahas kapal angkasa ulang-alik dan pesawat (membuat pemetaan ke atas tapak bangkai kapal dan menyusun semula di hangar) digunapakai dan para pakar akan menghasilkan satu binaan holografik bagi tapak bangkai kapal di hangar.
"Belum pernah ada sebarang rancangan sempena ulang tahun lain yang memaparkan kisah eksklusif tentang ekspedisi unik dan pendedahan cukup luar biasa ini. Dalam tempoh 25 tahun semenjak bangkai kapal Titanic ditemui, tiada siapa pernah meneroka mahupun memetakan kawasan tapak bangkai kapal.
"Tiada siapa yang memiliki sebarang petunjuk akan apa yang sebenarnya telah berlaku pada malam nahas itu. Hampir separuh daripada kawasan tapak tidak dapat dijelajahi dan diperlihat. Malah, bahagian penting kapal yang mampu mendedahkan bagaimana ia boleh terbahagi juga tidak kelihatan," ujarnya.
Kini selepas 100 tahun, ulas Louis, setiap inci tapak karamnya kapal ini akhirnya telah pun diketahui. Dokumentasi dilakukan bagi merakamkan tempat sebenar ia tunduk karam di lantai laut sedekad yang lalu.
Katanya, di penghujung kisah Titanic Mystery Solved, penonton akhirnya akan mengetahui keseluruhan kisah yang membawa kepada bersemadinya Titanic di dasar laut.


Penemuan sulung bangkai kapal Titanic pada tahun 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal sehingga kini.





"Kisah kapal Titanic yang tenggelam telah menarik minat jutaan manusia di segenap pelosok dunia sehingga ia menjadi inspirasi kepada sebuah filem yang berjaya sepanjang zaman.
"Semuanya itu telah memperhalusi sejarah kejadian buat ramai orang. Kami mahu melihat semula tragedi ini dari sudut saintifik dan mencari kebenaran di sebalik apa yang telah terjadi pada malam 15 April 1912.
"Oleh itu Titanic Mystery Solved merupakan bingkisan terhebat yang menjelaskan bagaimana Titanic telah karam dan ia turut mengungguli program-program lain yang pernah dibuat bersempena dengan ulang tahun sesuatu," ujarnya lagi.
Sejak ahli oseanografi, Robert Ballard dan kumpulannya menemui bangkai kapal Titanic itu pada 1985, beberapa ekspedisi telah dilakukan untuk mengumpul maklumat tentangnya sehingga kini.
Pengarah filem Titanic, James Cameron turut mengadakan ekspedisi ke lokasi itu bagi mendapatkan gambaran jelas tentang keadaan rupa bentuk kapal tersebut.

Wednesday 11 April 2012


Kedai Pakaian Lelaki

Seorang pengurus pusat membelibelah memiliki tiga ruang untuk disewakan, semuanya bersebelahan.
Seorang calon penyewa muncul dan mengatakan ingin menyewa ruang paling kiri untuk kedai pakaian lelaki.
“Itu bagus”, kata pengurus tersebut. “Anda akan diberikan papan perniagaan percuma, apa yang ingin anda tulis pada papan perniagaan tersebut?” “Pakaian Lelaki”, kata lelaki tersebut.
Kemudian datang seorang lelaki yang lain yang berhajat untuk menyewa ruang kedai yang paling kanan. Ketika ditanya lelaki tersebut mengatakan ia ingin “Pakaian Lelaki” pada papan perniagaannya. Pengurus mengatakan kepadanya bahawa kedai yang sebelah kiri akan memiliki papan perniagaan yang sama. “Tidak masalah”, kata lelaki tersebut.
Akhirnya orang ketiga datang untuk menyewa ruang tengah. Pengurus agak gusar kerana orang ini juga memilki kedai pakaian lelaki. Dengan hati-hati pengurus meminta orang ketiga apa yang dia inginkan untuk ditulis pada papan perniagaannya. Orang itu menjawab “Pintu Masuk”.

Harta karun Pak Pandir

Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.
 Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya.
Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis “Di sini tiada harta karun Pak Pandir”. Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira.
Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk ‘cover line’, luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis
“BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!”.

Nak Cerita Pun Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”
Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”
Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”
Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”
Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika.
Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.”
Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.